Wednesday, July 11, 2012

Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?

Assalamualaikum...
Cinta..LOVE...ape itu?? Kanak-kanak sek rendah pun tau kan..
Cinta kpd Allah atau Cinta Sesama manusia..
Tetibe rasa nk mengarang pula mlm ni slps terbaca bingkisan tulisan drp Hilal Asyraf yang mana beliau mendapat Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor. Kemudian di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis. Berkelulusan B.A(hons) dalam bidang Usuluddin, Yarmouk University. Telah menghasilkan beberapa buah Novel seperti Novel VT, Novel Hero, Novel Takdir dan lain-lain, juga beberapa buah buku Motivasi yang terkenal dengan siri Buku Motivasi Langit Ilahi. Telah berkahwin dan kini aktif menerima jemputan program dan mengendalikan bengkel....


Saye bukan hendak bercakap pasal beliau..tetapi ini mengulas sedikit ape yg beliau cuba sampaikan,,Saya amat bersetuju dgn apa yg beliau katakan.."Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?"...


Cinta memang mudah masuk dlm hti seseorang..kata ustazah fatimah syarha juga mglami perasaan cinta yg mana TERSUKA,TERSYOK,TERMINAT kpd seseorang itu FITRAH MANUSIA..ttpi akan menjadi FITNAH apb tidak menyalurkan di tempat yg betul...



Itu persoalan saya dalam merungkai permasalahan remaja mahu bernikah terlalu awal. Dalam keadaan diri tidak punya kemampuan, saat kematangan sendiri belum tumbuh, sudah disibukkan diri hendak berkahwin. Alasannya, sudah terlalu lama bercinta. Dari tingkatan tiga contohnya. Maka mahu berkahwin kerana ingin mengelakkan penzinaan.
Alasan yang solid. Elak zina. Tetapi tidak menyedari bahawa di sebalik alasan itu, wujud ketempangannya. Maka saya suka mengemukakan satu soalan apabila berhadapan dengan manusia yang memberikan alasan sedemikian:
“Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?”

Umur masih muda, sudah main suka-suka. Umur masih hijau, sudah sibuk bercinta asmara. Alasan mengelakkan zina itu, sepatutnya dibalas dengan satu soalan:
“Korang bercinta yang macam mana sampai ada rasa nak elak zina ni? Korang bercinta sampai rasa nak berzina ke?”
Ya. Peliknya remaja nan bercinta. Entah bagaimana caranya bercinta hingga terpacul alasan sedemikian rupa. Entah mengapa dibiarkan cinta menusuk kalbu saat usia masih terlalu muda dan diri belum punya apa-apa. Kemudian menjaja pernikahan awal dan bajet yang rendah sebagai kononnya hendak mengikuti sunnah. Maka apakah percintaan  yang sedemikian rupa, tanpa persediaan diri, tanpa kematangan minda, tanpa disiplin hati, merupakan sunnah?
Kehidupan Dan Kita.
Kehidupan tidak akan berbelas kasihan dengan kita, waluapun mungkin kita menyantuni kehidupan. Kehidupan adalah makhluk kasar yang membesar. Saban hari semakin menekan manusia. Dari dahulu tidak perlu mengeluarkan apa-apa wang dan kos, sekadar bertgantung hidup kepada alam, kini duit adalah segala-gala. Beberapa manusia sering berkata: “Duit bukan segala-galanya”, namun silap meletakkan konteks ayat tersebut di dalam praktikal hidup.
Ya, majlis perkahwinan tidak perlu berlebih-lebihan. Tidak perlu menghabiskan puluhan ribu ringgit hanya untuk majlis yang sehari cuma. Begitulah caranya kita menyantuni kehidupan. Meletakkan yang syara’ di hadapan. Namun, kehidupan tidak akan menyantuni kita. Majlis yang murah dan sederhana itu, walaupun telah menyelamatkan wang kita, menjadikan para remaja yang tidak punya apa-apa mampu berkahwin, kehidupan tetap akan memerah wang dan keringat kita.
Bil elektrik, bil air, bil internet, minyak kereta, servis kereta, perabot rumah, wang dapur, tambang pengangkutan awam, dan bila ada anak segala perkakasan anak serta kelengkapannya. Cukai ini, cukai itu. Bayar ini, bayar itu. Harga pula saban waktu naik dan meningkat, menekan dan terus menekan. Itu belum dikira nanti bila masalah di dalam rumahtangga muncul, menambah tekanan.
Maka bagaimanakah kita menghadapi kehidupan?
Memang Takkan Mampu Sempurna Bersedia, Tetapi Kita Mampu Berusaha Untuk Bersedia.
Memang. Memang sempurna tidak akan hadir. Tiada siapa boleh berani berkata: “Ya, aku memang confirm aku sudah bersedia.” Sesiapa yang berbicara demikian, sesungguhnya dia telah berbohong kepada dirinya. Semua hanya mampu berkata: “InsyaAllah, aku dah usaha untuk bersedia, jadi aku akan menghadapinya.”
Maka cinta dengan kehidupan itu jangan dipisahkan. Kehidupan dan kita jangan dijauhkan. Realiti kehidupan jangan dipadamkan di dalam kemabukan bercinta. Sesungguhnya kemanisan dalam perkahwinan itu, datang dengan persediaan yang rapi. Kita bukan mahu berkahwin sehari dua. Kita bukan mahu berumahtangga sebulan sahaja. Tetapi kita mahu sehingga ke syurga sana.
Kita mahu rumahtangga kita melahirka para mujahid, memberikan manfaat buat Islam. Bukan rumahtangga yang sia-sia, yang menghasilkan penghabis oksigen semata-mata.
Maka remaja nan bercinta perlu sedar.
Bersedia. Kerahlah diri untuk bersedia. Mengapa perlu mendahulukan cinta sebelum persediaan?
Sibukkan diri dengan persediaan.
Ilmu usaha bagi mantap. Pengalaman usaha bagi banyak. Pandangan usaha bagi luas. Wang usaha bagi ada sumber yang tetap dan konsisten. Peribadi usaha bagi mantap. Akal usaha bagi matang. Akhlak usaha bagi bersih. Maksiat usaha bagi padam. Kebaikan usaha bagi tambah dan istiqomah. Hubungan dengan Allah usaha bagi rapat.
Kita bukan main masak-masak!
Aku tertarik dgn  Kata Hilal Asyraf  “Aku ingin bernikah dengan pernikahan yang terbaik, membina rumahtangga yang terbaik, agar ini semua menjadi saham di akhirat sana.”  Superb!!
InsyAllah..Mudah2han kita semua mendapat yg terbaik dlm hidup kita..Cinta sampai SYURGA..Amin..InsyAllah..


Tertarik dengan perkahwinan IRMA HASMIE N REDZA.sgtt islamik..Berjumpa di kota suci kota MAkkah...SubhanaAllah kwn2...











Mudah2han aku pun dapat laki yg soleh n beriman...hihi

No comments:

Post a Comment