Saturday, July 21, 2012

Surah An-nur untuk kaum hawa rupanya..

Kenapa saya perlu Menutup aurat??..
 
                                      

Jahil rupanya aku dulu..
Only follow wear hijab but never think why should i wear hijab...
That's is TREND sbg Trend Or Kerelaan hati ini sbnrnya??

Kini semua telah terjawab apabila telah mendengar forum  yang mana wardina saffiyah telah mengendalikan program tersebut iaitu " Bidadari Dunia" anjuran  i Luv Islam..Beliau telah menyingkap why should wear hijab dan alhamdulillah kini aku dah beley jawab la kan bila orang asing tanya..

Terjawab sudah dalam surah An-nur ayat 30-31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59 yang mana tuntutan wanita menutup aurat..Alhamdulillah..Now I get the truth..Sama-samalah kita menghayati ayat dan tafsir surah ini ya kawan-kawan..Peringatan untuk DIRI SENDIRI sbnrnya..

BismillahirRahmanirRahim


 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

24:30

     [30]


Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan  


 24:31           


[31]

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.







33:59


[59]

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

















No comments:

Post a Comment